Friday, May 20, 2011

tentang cinta

jika kau memancing ikan
setelah ikan itu terlekat dimata kailmu..
hendaklah kamu mengambilnya terus ikan itu
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup
begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat  melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

jika kamu menadah air biarlah berpada
janganlah terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah mengharap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu
apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih boleh digunakannya lagi
tapi ia mungkin tidak seperti dulu
begitu juga kamu memiliki seseorang terimalah seadanya
apabila ia melakukan kesilapan
bukan mudah untuk kamu menerimanya
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
tapi tak seindah dulu



No comments:

Post a Comment